Bahasa / Language

Membaca Buka Dunia

Carian Buku Atas Talian

Keratan Akhbar

Melaka Hari Ini (MHI)

Undian Anda

Anda ke perpustakaan adalah untuk ?
 

Pautan

 

 

 

 

 

  
   

 

TARIKH KEMASKINI

Dikemaskini Pada : 16hb Mei 2012

PENGUMUMAN DAN HEBAHAN

 

 

DOKUMENTARI TERBITAN PERPUSTAM

 

 

Promosi dokumentari  "Dondang Sayang & Nazam Seni Warisan Melayu Melaka" hanya RM30.00 sahaja, sila hubungi 06-2824859 untuk tempahan.

 
PDF Print

 SINOPSIS BUKU-BUKU PILIHAN KELUARAN 15-31 Mei 2012

 

JUDUL BUKU

Panduan Penting Penjagaan & Rawatan Yang  Anda Harus Tahu

 

 

PENERBIT

True Wealth Sdn. Bhd.

 

TAHUN TERBITAN

2011

 

Buku ini memaparkan panduan penting untuk menjaga dan merawat kucing berserta tip-tip yang perlu diketahui oleh peminat kucing sebagai binatang peliharaan. Di mana setiap permasalahan yang kucing hadapi akan  dirungkai  dengan jelas dan terperinci dalam memberi pemahaman yang jelas kepada peminat kucing.

 

Buku ini memperkatakan tentang baka-baka kucing, tip-tip penjagaan kucing serta 352 fakta kucing yang perlu diketahui oleh pemilik kucing untuk membolehkan mereka dipanggil sebagai pakar kucing.

 

 *203 muka surat

JUDUL BUKU

Sukses Mengurus Industri Ternak Burung Walet

 

PENERBIT

Synergy Media

 

TAHUN TERBITAN

2011

 

Buku ini memperkatakan mengenai burung walet yang merupakan komoditi perniagaan yang lumayan,di mana dengan menyediakan sebuah rumah atau bangunan burung walet akan datang untuk membuat sarang yang akan member pendapatan yang lumayan bagi mereka yang mengusahakannya. Sarang burung walet mendapat pasaran di dalam ataupun luar negara terutamanaya  di negara China. Malaysia sedang menuju ke arah negara pengeluar burung walet yang terbesar di dunia.

 

Adalah diharapkan dengan maklumat yang terdapat di dalam buku ini membolehkannya memberi pengetahuan kepada bakal-bakal pengusaha sarang burung walet untuk menjadikan sebagai panduan untuk membolehkan mereka menjadi pengusaha sarang burung walet yang berjaya kelak.

 

* 207 muka surat

   

JUDUL BUKU

 AKU PENYUDAH TUGAS KPT. F. MAGELLAN DAN LAKSAMANA HANG TUAH           

 

 

PENERBIT

PEKAN ILMU PUBLICATION SDN. BHD.

 

TAHUN TERBITAN

2012

 

Panglima Awang atau juga dikenali sebagai Enrique de Malacca merupakan anak murid kepada Laksamana Hang Tuah yang telah mempelajari ilmu pelayaran daripada gurunya ketika bersama dengan Laksamana Hang Tuah. Selain itu juga beliau merupakan hamba tawanan kepada Kapten Portugis iaitu Kapten Ferdinand Magellan.

 

Pada 10hb Ogos 1519 Masihi , Kapten Ferdinand de Magellan memulakan misi pelayaran Armada Malukunya ke timur jauh untuk meneroka perdagangan rempah yang baharu. Malah beliau juga cuba untuk meneroka haluan pelayaran yang baharu melalui Laut Pasifik untuk sampai ke timur. Ini adalah untuk mengelakkan daripada gangguan pelayar dari Portugis yang menguasai  laluan biasa ke timur. Percubaan buat  julung kalinya menghala ke barat yang dilakukan oleh pelayar Eropah ini mendapat suntikan semangat, keberanian dan keyakinan daripada seorang pelayar dari Melaka yang menjadi tawanan mereka sejurus Empayar Melayu di timur itu berjaya ditakluki. Pelayar yang menjadi tawanan mereka itu bernama PANGLIMA  AWANG.

 

Adalah diharapkan pembaca dapat mengikuti kisah Panglima Awang yang tidak terdapat di dalam catatan Antonio Pigate serta  peranannya terhadap sejarah Melaka sehingga akhir hayatnya.

* 233 muka surat

 

 

- Sila layari sistem carian buku 'web opac' PERPUSTAM untuk maklumat tambahan -