Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah mengorak langkah sejajar dengan perkembangan dunia IT. Segala maklumat dan berita terkini mengenai PERPUSTAM dapat diperolehi daripada web ini.
Melalui laman web juga ini pengguna dan orang ramai, walau di mana mereka berada akan dapat mengetahui sejarah penubuhan PERPUSTAM dalam sudut kronologi,objektif penubuhan dan melalui sudut perkhidmatan pula, pengguna akan mengetahui jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan oleh PERPUSTAM dan waktu perkhidmatan. Manakala melalui sudut koleksi, pengguna juga akan diberikan maklumat seperti jenis-jenis koleksi, antaranya Koleksi Melaka, Koleksi Rujukan, Koleksi Alat Pandang Dengar, Koleksi Majalah, Koleksi Golongan Khas dan Koleksi Kanak-kanak.
Kami sedang berusaha memperluaskan lagi perkhidmatan ini di masa akan datang. Kami amat mengharapkan sokongan dan komen daripada anda semua.
Akhir sekali terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web kami. Teruskanlah kunjungan anda untuk mengetahui sebarang perkembangan dari masa ke semasa.
' MASYARAKAT BERILMU PENGGERAK WAWASAN '
|