| |
|
|
|
|
|
|
|
FALSAFAH
"Membina, memupuk dan membudayakan masyarakat supaya cintakan ilmu pengetahuan melalui pembacaan sepanjang hayat serta sentiasa berusaha meningkatkan minat membaca di kalangan rakyat agar terhasil satu tradisi ilmu yang berterusan di kalangan rakyat di Negeri Melaka"
WAWASAN
"Untuk menjadi sebuah perpustakaan yang cemerlang di negara ini di mana segala maklumat dapat dibekalkan dan disalurkan melalui pelbagai media untuk dinikmati oleh semua golongan masyarakat di negeri ini."
MATLAMAT
Memperolehi, menyimpan, memulihara, menyebarkan dan menyediakan perkhidmatan maklumat serta koleksi yang lengkap.
Menggalakkan perkembangan rangkaian perpustakaan di seluruh Negeri Melaka agar menjadi sebuah pusat kecemerlangan ilmu.
Membantu mencapai misi kerajaan Negeri Melaka menjadikan Melaka sebuah negeri maju menjelang tahun 2010 yang berasaskan wawasan negara.
OBJEKTIF
Berusaha melengkap dan mengemaskinikan koleksi perpustakaan agar dapat digunakan oleh generasi masa kini dan masa depan di peringkat negeri.
Menyediakan perkhidmatan maklumat dan rujukan terkini.
Mewujudkan masyarakat bermaklumat melalui aktiviti aktiviti yang bersesuaian dengan sumber-sumber yang sedia ada di perpustakaan.
SLOGAN
"Masyarakat Berilmu Penggerak Wawasan"
|
|
|
|
|
|
|