Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan Kembali Asal   Kembali Asal Kembali Asal


 

BAHAGIAN KOLEKSI MELAKA

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA

 

 

 

cimbine

 

 

PENGENALAN

Bahagian Koleksi Melaka merupakan tempat pengumpulan khas bahan-bahan perpustakaan yang berkaitan dengan Negeri Melaka atau mengenai penduduknya, samada dalam bentuk apa-apa bahasa atau bentuk yang diterbitkan, dalam atau luar negeri dan ditulis oleh penulis-penulis dalam atau luar Negeri Melaka.

 

FUNGSI

Bahagian ini berfungsi untuk memperoleh dan menyimpan sebanyak mana bahan berkenaan dengan Negeri Melaka yang merangkumi semua jenis bahan termasuk buku, artikel, majalah, manuskrip, risalah, laporan, kertas kerja, seminar, tesis, laporan tahunan dan bahan lain dalam semua bidang perkara.

 

OBJEKTIF

 

 

1.

Membina satu Koleksi Melaka yang dapat menggambarkan Warisan Negeri yang perlu disimpan dan dipelihara bagi tujuan penyelidikan dan rujukan.

 

 

2.

Memberi kesedaran supaya lebih ramai orang mengambil berat mengenai sejarah, kebudayaan dan adat resam Negeri Melaka

 

 

MATLAMAT

 

 

 

 

1.

Berusaha menambah dan membina satu Koleksi Melaka yang lengkap dan dapat disimpan untuk tujuan penyelidikan dan rujukan.

 

 

2.

Ke arah mempertahankan warisan budaya bangsa.

 

 

3.

Menerokai maklumat-maklumat sejarah yang semakin terhakis ditelan zaman.

 

 

4.

Menjalankan ikhtiar supaya masyarakat mengambil berat mengenai sejarah, kebudayaan dan adat resam Negeri Melaka.

 

 

PENEMPATAN DAN PENGGUNAAN

Semua bahan-bahan Koleksi Melaka akan dikatalog dan dikelaskan dan ia disimpan di dalam bilik khas yang hanya dihadkan penggunaannya kepada ahli penyelidik sahaja.

 

KEPENTINGAN

Kepentingan pembinaan Koleksi Melaka yang berkomprehensif dan sistematik akan menjamin pemeliharaan warisan budaya dan intelek negeri ini disamping menjamin ketersediaan sumber maklumat untuk tujuan dan penyelidikan mengenai Negeri Melaka.

 

KATEGORI BAHAN UNTUK KOLEKSI MELAKA

 

 

1.

Semua bahan yang dicetak/diterbit di dalam dan luar Negeri Melaka mengenai segala aspek dan hal ehwal Negeri Melaka atau penduduknya.

 

 

2.

Bahan-bahan yang ditulis, dicetak dan diterbit oleh anak kelahiran Negeri Melaka atau yang bermastautin di Negeri Melaka.

 

 

3.

Semua bahan-bahan bacaan yang dicetak/diterbit di Negeri Melaka tidak kira bentuk atau bahasa yang digunakan.

 

 

JENIS-JENIS BAHAN

Semua maklumat mengenai Negeri Melaka di kumpul di Bahagian Koleksi Melaka samada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak (rakaman). Antara bahan yang terdapat di bahagian ini ialah :-

 

 

Terbitan Berkala

 

Laporan Seminar & Kertas Kerja

 

Buku-buku Nadir

 

Tesis

 

Buku

 

Audio Visual

 

Risalah/Dokumen Rasmi Kerajaan

 

Keratan Akhbar

 

 

KOLEKSI TOKOH-TOKOH NEGERI MELAKA

Bahagian Koleksi Melaka juga turut menyimpan Koleksi Peribadi tokoh-tokoh terpilih negeri ini yang banyak memberi sumbangan kepada Negeri Melaka dari segi sosio ekonomi, politik dan agama. Kebanyakan bahan yang disimpan di bahagian ini adalah hasil sumbangan daripada tokoh tersebut dan PERPUSTAM mengalu-alukan sumbangan daripada individu untuk menyerahkan bahan koleksi mereka kepada bahagian ini. Koleksi yang disimpan di bahagian ini ialah seperti buku serta hasil penulisan mereka. Antara koleksi peribadi itu adalah :-

 

 

Datuk A Samad Said

 

Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar

 

Datuk Borhan Md. Yaman

 

Mokhtar Yassin

 

Datuk Haji Ahmad Abdullah

 

Noor SM

 

Baharam Azit

 

Aladin Mohamad

 

 

SENARAI BAHAN-BAHAN YANG TERDAPAT DI KOLEKSI MELAKA

 

 

Jumlah Buku

=

4290 naskah

 

Koleksi Sejarah

=

1445 naskah

 

Tesis

=

188 naskah

 

Album

=

112 naskah

 

Kertas Kerja

=

414 naskah

 

Pita Video

=

231 unit

 

Dvd

=

214 unit

 

Koleksi Tokoh

=

13 orang

 

 

PERATURAN

 

 

1.

Pengguna dan penyelidik yang hendak menggunakan bahagian ini perlu membawa SURAT KEBENARAN daripada pihak sekolah/ IPT/Majikan.

 

 

2.

Pengguna dan penyelidik dikehendaki mengisi borang rujukan yang disediakan sekiranya ingin membuat kajian dan rujukan.

 

 

3.

Bahan di Bahagian Koleksi Melaka cuma untuk RUJUKAN sahaja.

 

 

4.

Bahan rujukan Koleksi Melaka TIDAK DIBENARKAN di bawa keluar kecuali dengan kebenaran daripada Kakitangan yang bertugas.

 

 

5.

Pengguna dan penyelidik yang ingin membuat salinan fotokopi dikehendaki MENGISI BORANG yang disediakan. Sila kepilkan bersama kad pengenalan.

 

 

6.

Setelah membuat salinan fotokopi pengguna mestilah kembalikan bahan tersebut ke Bahagian Koleksi Melaka untuk disemak oleh kakitangan bertugas.

 

 

7.

Pengguna juga dikehendaki meletakkan kembali bahan yang dirujuk ke tempat asal.

 

 

WAKTU PERKHIDMATAN

 

Isnin - Khamis

9.00 pagi - 5.00 petang

 

Jumaat

9.00 pagi - 5.00 Petang

Rehat

12.15 Tengahari - 2.45 Petang

 

Ahad & Cuti AM

Tutup

 

 

MAKLUMAN

Mulai 3 Mei 2005 (selasa), semua pelajar sekolah yang ingin membuat rujukan di Bahagian Koleksi Melaka bagi tujuan Projek Kajian Tempatan (Folio) sekolah MESTI menyertakan surat daripada pihak sekolah masing-masing untuk tujuan rekod.

 

Bagi penuntut IPTA / IPTS pula mereka MESTI membawa kad pelajar / matrik.

 

Ketiadaan surat dan kad berkenaan mulai tarikh dinyatakan di atas akan menyebabkan anda tidak dibenarkan untuk menggunakan kemudahan rujukan yang disediakan di bahagian ini.

 

Laman Utama Bahagian Koleksi Bahagian Koleksi Melaka