us

Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan Kembali Asal   Kembali Asal Kembali Asal


 

BAHAGIAN KOLEKSI RUJUKAN

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA

 

 

 

r.umum1

 

 

PENGENALAN

Bahagian Rujukan Umum merupakan sebahagian perkhidmatan yang menyediakan pelbagai jenis buku rujukan termasuk koleksi kamus, Ensiklopedia, koleksi peta dan sebagainya. Segala maklumat yang diperlukan dapat diperolehi dengan tepat, cepat dan terkini khasnya untuk kegunaan orang ramai.

 

TUJUAN

Tujuan diadakan bahagian ini adalah bagi memudahkan orang ramai dan para pelajar mencari bahan untuk mendapatkan maklumat di samping juga dapat mengekalkan tradisi membaca.

 

PIAGAM PELANGGAN

 

 

 

 

1.

Memastikan perkhidmatan perpustakaan dibuka kepada pengguna tepat mengikut jadual yang ditetapkan.

 

 

2.

Memberi perkhidmatan yang berbudi bahasa, mesra, cekap dan cemerlang dalam memenuhi keperluan maklumat pembaca.

 

 

3.

Memastikan bahan-bahan bacaan di rak dalam keadaan teratur mengikut sistem penyusunan yang ditetapkan sebelum perpustakaan dibuka kepada pengguna setiap hari.

 

 

4.

Memastikan segala pertanyaan rujukan diberi maklumbalas dalam masa 10 minit.

 

 

PERKHIDMATAN

 

 

 

 

1.

Bahagian ini menyediakan buku-buku ilmiah sebagai rujukan. Bahan-bahan yang disediakan tidak boleh dipinjam tetapi pengguna boleh membuat salinan fotokopi di bahagian yang menyediakan perkhidmatan tersebut dengan dikenakan bayaran mengikut kadar semasa.

 

 

2.

Bagi kes-kes tertentu bahan boleh dipinjam dengan mendapat kelulusan dari Ketua Bahagian Perkhidmatan Pembaca untuk ditandatangani oleh pegawai berkenaan tetapi terlebih dahulu hendaklah memaklumkan kepada kakitangan yang bertugas.

 

 

3.

Kakitangan bertugas sedia memberi khidmat nasihat dan juga rundingan kepada pengguna bagi memudahkan pencarian bahan yang diperlukan dengan tepat dan cepat.

 

 

4.

Bahan-bahan yang disediakan disusun mengikut Sistem Pengklasan Perpuluhan Dewey. Contohnya seperti Karya Am (OOO), Falsafah dan Fahaman (100),Agama (200) dan lain-lain.

 

Laman Utama Bahagian Koleksi Bahagian Koleksi Rujukan