us

Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan Kembali Asal   Kembali Asal Kembali Asal


Articles

 

AKTIVITI

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA

 

OKTOBER 2015

Program "Terima Kasih Malaysia, Saya Sayang Malaysia"

Program "Terima Kasih Malaysia, Saya Sayang Malaysia" telah diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) serta di seluruh Malaysia pada 08 Oktober 2015 jam 10.00 pagi tadi. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Hj. Md. Yunus bin Husin, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi.

 

 

SEPTEMBER 2015

Johan Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan Bangunan Kerajaan Negeri Melaka

 

Lawatan Panel Juri Pertandingan Keceriaan Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Kebangsaan

Lawatan Panel Juri Pertandingan Keceriaan Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Kebangsaan ke PERPUSTAM yang disambut oleh Ybhg. En. Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris selaku Pengarah PERPUSTAM dan para pegawai

 

Majlis Perasmian Pesta Buku Melaka 2015

Majlis Perasmian Pesta Buku Melaka 2015 yang disempurnakan oleh Y.A.B. DAtuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron Ketua Menteri Melaka.

 

Pertandingan Baca Jawi Lancar Tahap 2 Sempena Pesta Buku Melaka 2015 yang bertempat di Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka

 

Pertandingan Bintang Cilik Ktegori Tahap 2 Sempena Pesta Buku Melaka 2015 bertempat di Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh Melaka.

 

Pertandingan Cantuman Kasih dan Pohon Ilmu sempena Pesta Buku Melaka 2015 yang diadakan di Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh Melaka.

 

Pertandingan Choral Speaking Katagori Belia Sempena Pesta Buku Melaka 2015 bertempat di Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh Melaka..

 

Pertandingan Karaoke Muzikal Dakwah Sempena Pesta Buku Melaka 2015 bertempat di Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh Melaka

 

Pertandingan Mewarna Tahap 2 Sempena Pesta Buku Melaka 2015 bertempat di Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh Melaka.

 

Pertandingan Pakaian Beragam Bertemakan Hari Kebangsaan kategori Tabika yang telah diadakan Sempena Pesta Buku Melaka 2015 bertempat di Pentas Utama Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh Melaka.

 

OGOS 2015

Pameran Kesihatan : Pendermaan Organ & Kesihatan Buah Pinggang

Aktiviti : Pameran Kesihatan : Pendermaan Organ & Kesihatan Buah Pinggang
Tarikh : 26.8.2015 (Rabu)

Tempat : Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka 

Program Bersama Komuniti Sehari Bersama Perpustakaan Dan Sambutan Ambang Kemerdekaan Ke 58

Aktiviti : Program Bersama Komuniti Sehari Bersama Perpustakaan Dan Sambutan Ambang Kemerdekaan Ke 58
Tarikh : 15 Ogos 2015 
Perasmi : YB. Datuk Hj Amirudin Bin Yusof
Pengerusi PERPUSTAM

 

 

 

Skuad Kontijen Perbarisan PERPUSTAM sempena Hari Kebangsaaan Tahun 2015

Skuad Kontijen Perbarisan PERPUSTAM sempena Hari Kebangsaaan Tahun 2015. Kekuatan Pasukan Perbarisan PERPUSTAM disertai seramai 45 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan.

 

 

 

JULAI 2015

Majlis Penyampaian Amanat dan Penyerahan Bendera PERPUSTAM 

Majlis Penyampaian Amanat dan Penyerahan Bendera PERPUSTAM yang disampaikan oleh YB. Datuk Hj. Amirudin Bin Hj. Yusof Pengerusi PERPUSTAM kepada ketua Kontigen PERPUSTAM ke Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM) 2015. 

Program ceramah Ihya' Ramadhan

Program ceramah Ihya' Ramadhan peringkat jabatan/agensi kerajaan tahun 2015M/1436H telah diadakan di Dewan Kasturi, Perpustam pada 09.07.2015. Program tersebut diserikan lagi dengan kehadiran YB Datuk Amiruddin Hj Yusof, Pengerusi Perpustam dan YBhg Timbalan Pengerusi Perpustam. Kakitangan Perpustam dan PNM serta wakil jabatan/agensi luar juga turut hadir dalam menyerikan lagi program tersebut. Pengisian program tersebut ialah majlis bacaan yaasin, ceramah agama serta penyampaian sumbangan hari raya.

 

 

JUN 2015

PRogram green tech day

1 Jun 2015 (Isnin):  Majlis Perasmian Program Green Tech Day telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron Ketua Menteri Melaka sempena Program Green Tech Day anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dengan kerjasama Lincoln Resource Centre, Kedutaan Amerika Syarikat yang telah berlansung pada 1 Jun 2015.

YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron Ketua Menteri Melaka turut melawat pameran inovasi yang disertai oleh agensi kerajaan, swasta dan sekolah sempena Program Green Tech Day anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dengan kerjasama Lincoln Resource Centre, Kedutaan Amerika Syarikat.

Pada masa yang sama beberapa aktiviti yang diadakan seperti Program My Hijau Youth Camp telah diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka pada 1 Jun 2015 sempena Program Green Tech Day anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dengan kerjasama Lincoln Resource Centre, Kedutaan Amerika Syarikat yang disertai seramai 50 orang pelajar dari beberapa buah sekolah.

 

karnival gerakan membaca perpustam

22-23 Mei 2015 : Program ini merupakan program rasmi tahunan oleh PERPUSTAM bagi menggalak dan menyemarakkan budaya membaca dikalangan masyarakat di negeri Melaka disamping menyediakan platform kepada masyarakat mengenali PERPUSTAM dengan lebih dekat sebagai sebuah hub ilmu dan maklumat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan pendidikan dalam membangunkan modal insan yang berilmu dan bermaklumat. Karnival ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Hj. Md. Yunos bin Husin selakuEXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi.

 

 

maulid4maulid4

APRIL 2015

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

23 April 2015 : Majlis Perasmian Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron Ketua Menteri Melaka.

maulid3

maulid4maulid5maulid6maulid1maulid5maulid5

MAC 2015

 

Pertandingan Pejabat Terbaik Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015

Lawatan Audit Penilaian Pertandingan Pejabat Terbaik Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 yang telah diadakan pada 4.3.2015 di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri  Melaka.

 

Seramai 5 orang ahli panel juri hadir untuk membuat  penilaian bagi Pertandingan Pejabat Terbaik Kerajaan Negeri Melaka.

 

maulid4maulid5maulid6maulid1

JANUARI 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015

 

maulid3

 

maulid4maulid5maulid6maulid1maulid2

 

 

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA

 

gambar 1gambar 2gambar 3gambar 4

 

 

SEPTEMBER 2014

MAJLIS PERASMIAN PESTA BUKU MELAKA 2014

pesta buku 2014

 

OGOS 2014

 

Bendera Gergasi Bersempena Program Memori Kemerdekaan

jalurgemilang

 

Program Menjahit Bendera Gergasi Bersempena Program Memori Kemerdekaan Dengan Kerjasama Unit Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Beruang pada 29 Ogos 2014 (Jumaat) Jam 3 petang di Bengkel Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Beruang. Seramai 8 orang pelajar, 3 orang tenaga pengajar, 9 orang kakitangan PERPUSTAM dan 2 orang penyelaras program terlibat didalam aktiviti ini.

 

Majlis Pelancaran Memori Kemerdekaan

 pelancaran memori kemerdekaan

 

Majlis Pelancaran Memori Kemerdekaan yang dianjuran oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) bersama Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MAPAM) yang telah dilancarkan oleh YB. Datuk Hj. Amirudin Bin Hj.Yusof Pengerusi PERPUSTAM diiringi Timbalan Pengerusi PERPUSTAM, Pengarah PERPUSTAM, Pengerusi Pembangunan Perpustakaan Desa serta kakitangan PERPUSTAM dan PNM pada 25 Ogos 2014 sehingga 16 September 2014 di Dewan Kasturi PERPUSTAM

 

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2014M/1435H

sambutan raya

 

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2014M/1435H peringkat PERPUSTAM yang disempurnakan oleh YB. Datuk Hj. Amirudin Bin Hj.Yusof Pengerusi PERPUSTAM diiringi Timbalan Pengerusi PERPUSTAM, Pengarah PERPUSTAM, Pengerusi Pembangunan Perpustakaan Desa serta kakitangan PERPUSTAM dan PNM di Dewan Lekir PERPUSTAM 

 

Majlis Pelancaran Jalur Gemilang

 

kibar jalur gemilang 

 

Majlis Pelancaran Jalur Gemilang yang diadakan di perkarangan bangunan PERPUSTAM yang telah disempurnakan oleh YB. Datuk Hj. Amirudin Bin Hj.Yusof Pengerusi PERPUSTAM diiringi Timbalan Pengerusi PERPUSTAM dan Pengarah PERPUSTAM serta kakitangan PERPUSTAM dan PNM 

ENGLISH CAMP 


pic englishCamp folder

 

ENGLISH CAMP - English Conversation Hour Program For Secondary School Anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Dan Lincoln Resources Center,US Embassy Kuala Lumpur.

Program ini telah diadakan bertempat di Koleksi Peperiksaan Aras 1 di Perpustakaan Negeri, Bukit Baru melaka pada jam 9.30pagi sehingga 12.30 tengahari.

Peserta yang hadir adalah diperingkat menengah rendah ( tingkatan 1 - tingkatan 3) dari Sekolah Tinggi Melaka (MHS), Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru dan Sekolah Tinggi Perempuan Melaka (MGHS).

Acara penutup telah diserikan dengan kehadiran Pengarah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka untuk majlis penyampaian sijil kepada peserta.

 

Julai 2014

 

Program Ceramah Ihya' Ramadhan Peringkat Jabatan

program ihya ramadhan 2014

 

Program Ceramah Ihya' Ramadhan Peringkat Jabatan Tahun 2014M / 1435H di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka pada 18 Julai 2014 bersamaan  20 Ramadhan 1435H (Jumaat).

 

Pengisian Program Ihya' Ramadhan dimulakan dengan bacaan Yassin dan Solat Dhuha yang dipimpin oleh Ybhg. Ustaz  Abd. Sukor Bin Talib seterusnya adalah ceramah telah bersempena dengan bulan ramadhan Al-Mubarak. 

 

Turut serta memeriahkan lagi program ini ialah dengan kehadiran YB Datuk Hj Amirudin Bin Hj Yusof selaku Pengerusi PERPUSTAM dengan penyampian sumbangan Aidilfitri daripada jabatan dan Kelab Sosial Kebajikan PERPUSTAM.

 

Jun 2014 

Bengkel Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA/Amalan 5’s)

bengkel ekosistem EKSA2 

 

Bengkel EKSA ini telah diadakan pada 15 Jun 2014 hingga 16 Jun 2014 bertempat di Auditorium PERPUSTAM.Bengkel EKSA ini telah dihadiri oleh kakitangan daripada PERPUSTAM, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain.Bengkel EKSA ini telah disempurnakan oleh YB. Datuk Hj. Amirudin Bin Hj. Yusof selaku Pengerusi PERPUSTAM pada 16 Jun 2014.

Perhimpunan Kakitangan Bil 2 / 2014

perhimpunan bulanan 

 

Perhimpunan Kakitangan telah diadakan pada 16 Jun 2014 ( Isnin) bertempat di Dewan Kasturi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka di 242-1 Jalan Bukit Baru, 75150 Melaka dan dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Amirudin Bin Hj. Yusof selaku Pengerusi PERPUSTAM. Perhimpunan telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan PERPUSTAM serta dihadiri oleh kakitangan daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).


Diantara aktiviti yang diadakan semasa perhimpunan adalah sambutan hari lahir, sumbangan daripada KSKP untuk kakitangan yang menimang cahaya mata serta kakitangan yang selamat mendirikan rumah tangga dan penganugerahan kakitangan terbaik suku pertama 2014 kepada En Rizuan B Zaman daripada Unit Pentadbiran dan Perpustakaan Komuniti.

 Mei 2014

Lawatan Perbadanan PUTRAJAYA

lawatan lawatan2 lawatan3 

Lawatan Kakitangan Perbadanan PUTRAJAYA ke Perbadanan Perpustakaan awam Melaka melibatkan 22 orang kakitangan pada 19 Mei 2014.

Karnival Pendidikan dan Kerjaya 2014

karnival karnival2 karnival3 karnival4 

Karnival Pendidikan dan Kerjaya anjuran DUN RIM telah diadakankan pada 25 Mei 2014 yang lalu, jam 8.30 pagi bertempat di Stadium Mini Jasin. Karnival tersebut dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Ghazale bin Mohamad, ADUN Kawasan Rim.

Pemenang Pertandingan Congkak :

Johan : Pn. Hanum bt. Kasim
Naib Johan : Julaiha bt. Mohd Salim
Ketiga : Noraishah bt. Leman
Saguhati : Zurinah bt. Isa
              : Ummu Habibah bt. Mi Ali @ Resimi
              : Siti Suraya Hani bt. Dolmat

Pemenang Pertandingan Capteh

Johan : Faizatul Azreen bin Jabar
Naib Johan : Noraishah bt. Leman
Ketiga : Foziah bt. Idris
Saguhati : M. Nasar bin Md. Deni
              : Wan Zulkarnain bin Wan Shaari
              : Mohd Alias bin Mansor

 

Jom Bercerita Bersama Ummi

bercerita bercerita2 bercerita3 

 

Sesi bercerita yang telah diadakan pada 24/05/2014 di Bilik Aktiviti Kanak – Kanak PERPUSTAM.

 

"Angan - angan si Ikan Puyu" Begitulah tajuk cerita yang disampaikan oleh Ummi kepada anak - anak.

 

April 2014

 

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2014

 jom

 

Majlis perasmian ini telah diadakan di Dewan Kasturi di Perpustakaan Negeri dan telah dirasmikan oleh YB En. Md. Rawi bin Mahmud Selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi,Teknologi Hijau dan Inovasi Mewakili YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron Ketua Menteri Melaka pada 22hb April 2014 pada 10.00 pagi – 10.10 pagi membaca 10minit secara serentak diseluruh Malaysia.

 

YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron Ketua Menteri Melaka turut sama membaca di Majlis "Seminar Antarabangsa Sains Teknologi Dan Inovasi Dikalangan Negara Anggota DMDI di Rumah Media MITC, Ayer Keroh Melaka sempena Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Negeri Melaka Tahun 2014.

 

Seramai 80,000 ke 100,000 orang di negeri Melaka telah bersama-sama menjayakan program Jom Baca Untuk 10 Minit ini disekolah-sekolah, agensi kerajaan, agensi swasta, institut pengajian tinggi awam dan swasta.

 

“Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu”

Mac 2014

 

8 Mac 2014

Program Jalinan Kasih Ikatan Ilmu telah dianjurkan oleh PD 1 Malaysia Ramuan Cina
dengan kerjasama Japerun Ayer Limau pada 08 Mac 2014.
Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi PERPUSTAM
YB Datuk Hj Amirudin Bin Hj Yusof

 

 

 

 

Penyertaan Kontijen PERPUSTAM Seramai 20 Orang Bersama Pengerusi PERPUSTAM Yb Amiruddin Yusof
Sempena Majlis Sambutan Maulidulrasul Peringkat Dun Ayer Limau, Masjid Tanah
Yang Diadakan Di Jeperun Ramuan China.

 

 

 

 

Februari 2014

 

Penyampaian Hadiah Tempat Ke-3 Bagi Pertandingan Pejabat Terbaik Kerajaan Negeri Melaka
Tahun 2014 Sempena Hari Inovasi Dan Hari Bersama Pelanggan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2014
bertempat di Bangunan UTC, Melaka.

 

 

 

22 Februari 2014

 

 

 

26 Februari 2014

Seramai 23 orang kanak-kanak dan 2 orang guru pengiring telah membuat lawatan ke PERPUSTAM pada 26 Februari 2014.
Bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

 

 

 

25 Februari 2014

Program Bengkel Pengurusan Perpustakaan Dan Literasi Maklumat Untuk Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 25 Februari 2014 di Perpustakaan Cawangan Masjid Tanah.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pengerusi PERPUSTAM YB Datuk Hj. Amirudin Bin Yusof .

 

 

 

25 Februari 2014

Pameran Perpustakaan Sempena Hari Inovasi Dan Hari Bertemu Pelanggan Pada 25 Februari 2014
Bertempat Di Parkir UTC Melaka.

 

 

 

22 Februari 2014

Sesi bercerita bersama Abang Sapri yang bertajuk Sang Arnab dan Anjing Pemburu
pada 22 Februari 2014 (Sabtu) yang bertempat di Perpustakaan Cawangan Alor Gajah.
Seramai 11 orang peserta terlibat dengan aktiviti ini. .

 

 

 

 

Program Membara Parlimen Masjid Tanah Voice 'DA' Great di Perpustakaan Cawangan Masjid Tanah.
Majlis penutup dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Hj Sulaiman Bin Md Ali.

 

 

 

 

Lawatan Muhibah Datuk Prof. Madya Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah ke Perpustakaan Desa 1 Malaysia Bertam Ulu.

 

 

17 Februari 2014

Majlis Pelancaran Program Nilam Sekolah Kebangsaan Telok Mas, Melaka
telah disempurnakan oleh En. Muhammad Syahmi Bin Zulkifly Mewakili Pengarah PERPUSTAM Pada 17 Februari 2014.

 

 

 

19 Februari 2014

Lawatan dari Tadika Anak Permata Negara ke Perpustakaan Cawangan Alor Gajah pada 19 Februari 2014.
Seramai 13 orang pelajar dan 7 orang guru terlibat didalam lawatan ini.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah sesi bercerita bersama Kak Ini dan Pop Kuiz.

 

 

 

 

Program Gotong Royong Bersama Japerun Ayer Limau dan Jawatankuasa Pembangunan Perpustakaan Desa Ramuan China .

 

 

 

19 Februari 2014

Latihan pengungsian bangunan Perpustakaan Cawangan Alor Gajah telah diadakan pada 19 Februari 2014.

 

 

 

17 Februari 2014

Pelancaran Program Nilam Telah Disempurnakan Oleh Encik Suhaimi Sarijan
Yang Mewakili Pengarah PERPUSTAM Pada 17 Februari 2014.

 

 

 

17 Februari 2014

Majlis Pelancaran Program Nilam Sekolah Kebangsaan Kemendor, Jasin, Melaka
telah disempurnakan oleh Puan Zarina binti Abd. Rahman yang mewakili Pengarah PERPUSTAM pada 17 Februari 2014.

 

 

 

13 Februari 2014

Lawatan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh Ke PERPUSTAM pada 13 Februari 2014
bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

 

 

 

10 Februari 2014

Pelancaran Program Nilam Telah Disempurnakan Oleh Puan Nurul Hidayah Bte Che' Man
Yang Mewakili Pengarah PERPUSTAM Pada 10 Februari 2014.

 

 

 

12 Februari 2014

Lawatan daripada Sekolah Pendidikan Khas Semabok telah diadakan pada 12 Februari 2014 jam 10.30am-12.30pm.
Lawatan tersebut disertai oleh 30 orang murid serta 16 orang guru pembimbing.
bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka

 

 

 

13 Februari 2014 - 18 Februari 2014

Pameran daripada Jabatan Alam Sekitar 13-18 Februari 2014 di PERPUSTAM.
Selamatkan Bumi Kita.

 

 

 

8 Februari 2014

Aktiviti bercerita telah diadakan di Dewan Lekir PERPUSTAM pada 8 Februari 2014 yang telah disertai oleh adik-adik berumur 12 tahun ke bawah.
Sesi bercerita yang cukup menghiburkan dan mencuit hati adik-adik!
bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

 

 

 

10 Februari 2014

Program watikah pelantikan serta kursus kepimpinan pengawas pusat sumber daripada Sekolah Kebangsaan Dato' Demang Hussin
telah diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka pada 10 Februari 2014
bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

 

 

 

6 Februari 2014

Tempat : Perpustakaan Cawangan Jasin
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang .

 

 

 

15 Februari 2014

Sesi Pemilihan Pemenang Pertandingan Pembaca Terbanyak 2013
Telah Dijalankan Pada 15 Februari 2014 Di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

 

 

 

 

Januari 2014

17 Januari 2014

Majlis Sambutan Maulidul Rasul PERPUSTAM 1435H.

Antara program yang dijalankan adalah majlis bacaan yaasin dan bacaan selawat.

 

 

 

 

 

24 Januari 2014

Lawatan Audit Penilaian Pertandingan Pejabat Terbaik Kerajaan Negeri Melaka 2014

 

 

Laman Utama