Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan Kembali Asal   Kembali Asal Kembali Asal


 

ENAKMEN PERPUSTAM 75

 

 

 

SAYA PERKENANKAN,

 

TAN SRI SYED ZAHIRUDDIN BIN
SYED HASSAN,

Gabenor.

 


9hb. Julai, 1975.

 


Suatu Enakmen bagi memperuntukkan penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dan perkara-perkara yang berhubung dengannya.

 


(31hb. Julai 1975)

 


ADALAH DENGAN INI DIKANUNKAN oleh kuasa Undangan Negeri Melaka seperti berikut:

 

 

 

Bahagian I

 

PERMULAAN

 

1.

(1)

Enakmen ini boleh dinamakan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka,1975.

(2)

Enakmen ini hendaklah berjalan kuatkuasanya pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Gabnor dengan pemberitahuan dalam Warta Kerajaan.

2.

Dalam Enakmen ini, melainkan nasnya memberi pengertian lain:-

"Buku" bererti sebarang bentuk tulisan atau rekod grafik, termasuk naskah pengarang , naskah bertaip, buku, surat khabar, majalah berkala, musik, gambarfoto, peta, naskah cetak, lukisan dan lain-lain bentuk lukisan grafik, filem, gulungan filem, rekod peti nyanyi, rakam pita dan lain-lain rekod bertulis, filem atau lain-lain bahan dan penyalinannya;

"Pengerusi" bererti Pengerusi Perbadanan yang dilantik menurut Seksyen 4;

"Perbadanan" bererti Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka yang ditubuhkan menurut Seksyen 3;

"Tahun Kewangan" bererti satu tempoh tidak lebih daripada duabelas bulan dan tidak kurang daripada enam bulan yang berakhir pada 31hb. Disember;

"Kumpulanwang" bererti kumpulanwang yang ditubuhkan menurut Seksyen 15;

"Perpustakaan Kembara" bererti perpustakaan yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat dalam Negeri dalam sebuah kenderaan yang disesuaikan untuk tujuan tersebut;

"Perpustakaan Awam" bererti Perpustakaan Awam Melaka yang ditubuh, diurus atau diselenggarakan oleh Perbadanan menurut Seksyen 8 dan termasuk perpustakaan-perpustakaan dan perpustakaan kembara yang ditubuh, diurus atau diselenggarakan menurut Seksyen 9;

"Negeri" bererti Negeri Melaka.

 

Bahagian II

 

PERBADANAN

 

3.

(1)

Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dengan ini ditubuhkan yang hendaklah menjadi badan berkanun, dan hendaklah mempunyai hak turun-temurun yang kekal dan boleh mendakwa atau didakwa pada namanya, dan tersyarat kepada dan untuk tujuan Enakmen ini, boleh mengikat kontrek, boleh memperolehi pembelian, memiliki dan mendapat faedah daripada harta-benda yang boleh berpindah dan yang tidak boleh dipindahkan daripada tiap-tiap jenis dan boleh menyerahkan, menyerah-hak, menyerahkan terus,melepaskan, menukar, mencagar, memajakkan, menyerah-hak semula, memindahkan, atau sebaliknya memisahkan atau menguruskan sebarang harta-benda yang boleh berpindah atau yang tidak boleh dipindahkan itu terserah kepada Perbadanan mengikut syarat-syarat yang difikirkan patut oleh Perbadanan.

(2)

Perbadanan hendaklah mempunyai satu cap mohor dan cap mohor itu boleh dari satu masa ke satu masa dirombak, diubah, ditukar atau dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan, dan sehingga satu cap mohor diadakan menurut Seksyen ini, satu cap yang mengandungi nama Perbadanan boleh digunakan sebagai cap mohor biasa.

(3)

Cap mohor atau cap Perbadanan hendaklah diketahui secara rasmi dan dikuatkuasakan dengan undang-undang.

4.

(1)

Perbadanan hendaklah mengandungi ahli-ahli yang berikut:

(a)

seorang Pengerusi;

(b)

seorang Timbalan Pengerusi;

(c)

seorang wakil Persatuan Perpustakaan Malaysia;

(d)

seorang wakil badan yang mengelolakan Perpustakaan Negara;

(e)

Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan Negeri dan Pengarah Pelajaran Negeri atau wakil-wakil mereka;

(f)

lapan orang ahli lagi yang akan dilantik oleh Ketua Menteri yang mana dua orang daripadanya hendaklah wakil-wakil Persatuan-persatuan Sastera atau Kebudayaan yang berdaftar.

(2)

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah dilantik oleh Gabnor dalam Mesyuarat dan hendaklah memegang jawatan itu selama tiga tahun melainkan pelantikannya itu terbatal atau dikosongkan terlebih awal atau beliau meletak jawatan terlebih awal.

(3)

Ahli-ahli yang tersebut di perenggan (f) ceraian (1) hendaklah memegang jawatan itu selama satu tahun melainkan perlantikannya itu terbatal atau dikosongkan terlebih awal atau beliau meletak jawatan terlebih awal.

(4)

Ahli-ahli yang tersebut di perenggan (a), (b), (c ) dan (f) ceraian (1) boleh dilantik semula selepas tamat tempoh jawatannya.

(5)

Pada masa ketiadaan Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah mempunyai semua kuasa Pengerusi.

(6)

Pada masa keuzuran sementara kerana sakit atau kerana lain-lain sebab apapun, atau pada masa ketidaan sementara Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dari Persekutuan maka Ketua Menteri boleh melantik sebarang orang menjadi Pengerusi sementara dan hendaklah mempunyai semua kuasa Pengerusi.

(7)

Sebarang kekosongan boleh dipenuhkan dengan sebarang orang yang dilantik oleh Ketua Menteri;

Dengan syarat bahawa tindakan atau perbicaraan Perbadanan hendaklah teraku atau sah di sisi undang-undang yang berlaku bersabit hanya dengan sebarang kekosongan yang wujud pada masa sebarang tindakan atau perbicaraan itu.

5.

(1)

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah dilantik mengikut syarat dan keadaan yang boleh ditentukan oleh Ketua Menteri.

(2)

Ahli-ahli Perbadanan bolehlah dibayar elaun perjalanan atau lain-lain elaun berhubung dengan kehadiran mereka dalam mesyuarat Perbadanan atau untuk menjalankan sebarang tugas Perbadanan yang boleh ditentukan oleh Ketua Menteri.

6.

(1)

Perbadanan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali dalam satu tahun kewangan.

(2)

Mesyuarat Perbadanan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat yang boleh ditentukan atau sehingga ditentukan berkelapangan oleh Pengerusi.

(3)

Pengerusi boleh pada sebarang masa memanggil mesyuarat Perbadanan dan setelah mendapat permintaan bertulis daripada tidak kurang daripada lapan orang ahli hendaklah memanggil mesyuarat khasnya dalam tempoh satu bulan daripada tarikh permintaan itu.

(4)

Catitan mesyuarat tiap-tiap mesyuarat Perbadanan hendaklah disimpan dan hendaklah disahkan serta ditandatangani oleh Pengerusi seberapa cepat mungkin selepas itu dalam mesyuarat yang berikutnya.

(5)

Mesyuarat Perbadanan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat yang boleh ditentukan atau sehingga ditentukan berkelapangan oleh Pengerusi.

7.

(1)

Koram pada semua mesyuarat Perbadanan adalah lapan orang ahli.

(2)

Jika berlaku persamaan undi dalam sebarang masalah yang akan ditentukan oleh Perbadanan, Pengerusi hendaklah mempunyai satu undi permutus selain daripada undinya yang asal.

 

Bahagian III

 

KUASA DAN TUGAS PERBADANAN

 

8.

Tugas-tugas Perbadanan hendaklah;

(a)

menubuhkan, melengkapi, menguruskan dan menyelenggarakan Perpustakaan Awam.;

(b)

mendorong dan menggalakkan pembacaan terutama dalam Bahasa Malaysia;

(c)

mendorong dan menggalakkan penggunaan buku-buku di Perpustakaan Awam sebagai rujukan dan untuk dipinjam dengan syarat diadakan pengawasan yang betul daripada kehilangan atau kerosakan;

(d)

mengadakan pengumpulan buku-buku secara lengkap mengenai atau diterbitkan dalam Negeri;

(e)

memperolehi dan mengadakan maklumat pusat usahasil dan perkhidmatan perpustakaan-perpustakaan dalam Negeri bagi pihak Perpustakaan Negara;

(f)

menjadi ejensi pengelola untuk meminjam dan tukar-menukar buku-buku aras lunas antara Negeri dan di antara Perpustakaan Awam dengan Perpustakaan Negara;

(g)

mengadakan perkhidmatan rujukan, bibliografi dan pinjaman antara perpustakaan kepada Jabatan-jabatan Negeri dan kepada Dewan Negeri;

(h)

membuat semua lain-lain perkara dan hal sebagaimana diperlukan secara berpatutan bagi semua atau sebarang tujuan Enakmen ini.

9.

Perbadanan hendaklah mengandungi ahli-ahli yang berikut:

(a)

menubuhkan, mengurus dan menyelenggarakan cawangan-cawangan Perpustakaan Awam di sebarang tempat dalam Negeri;

(b)

mengada dan menyelenggarakan perpustakaan-perpustakaan kembara;

(c)

menyeliakan perpustakaan-perpustakaan jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dalam Negeri;

(d)

membeli, tukar-menukar, meminjam dan menerima buku-buku dan lain-lain harta-benda yang boleh dipindahkan berhubung dengan penubuhan dan pengurusan perpustakaan Awam;

(e)

membeli, tukar-menukar, memajak dan memiliki tanah, bangunan dan lain-lain harta-benda yang boleh dipindahkan untuk penubuhan Perpustakaan Awam dan untuk sebarang tujuan yang diperlukan untuk menjalankan tugas-tugas Perbadanan;

(f)

mengambilalih sebarang perpustakaan yang ada dalam Negeri yangmana dengan kebenaran perpustakaan itu, dan berkaitan dengan itu boleh mengikat kontrek atau pakatan yang berpatutan dengan sebarang orang, kelab, persatuan atau Kerajaan Tempatan dengan persetujuan Gabnor dalam mesyuarat;

(g)

membuat perhubungan dan berkerjasama setakat dan mengikut syarat- syarat yang boleh difikirkan perlu dengan lain-lain perpustakaan, institusi Pengajian Tinggi atau sebarang Pertubuhan Antarabangsa samada dalam Negeri-negeri Malaysia atau luar negeri;

(h)

mengadakan latihan untuk orang-orang bagi menjalankan tugas-tugas pustakawan dan lain-lain petugas mengenai kerja perpustakaan;

(i)

melantik jawatankuasa-jawatankuasa khas yang boleh diberikan sebarang tugas pentadbiran;

(j)

mengikat sebarang kontrek atau membuat lain-lain tindakan atau hal yang perlu dan betul untuk melaksanakan tujuan-tujuan Enakmen ini.

10.

Perbadanan boleh dari satu masa ke satu masa meminjam mengikut kadar faedah dan bagi selama serta mengikut syarat-syarat mengenai masa dan cara membayar balik dan mendapatkan bayaran balik dan lain-lain cara yang boleh diluluskan oleh Gabnor dalam mesyuarat, sebarang jumlah wang yang diperlukan untuk membiayai sebarang perbelanjaan modal bagi tujuan-tujuan yang berikut:

(a)

pampasan yang kena dibayar olah Perbadanan untuk mengambil tanah;

(b)

belanja mengambil tanah, bangunan atau lain-lain harta-benda yang boleh dipindahkan untuk tujuan Enakmen ini;

(c)

belanja membina bangunan untuk Perpustakaan Awam dan membeli kenderaan untuk menubuhkan perpustakaan kembara atau membaiki bengunan atau kenderaan dan kerja itu berhubung dengannya;

(d)

belanja membeli buku-buku; dan

(e)

sebarang lain-lain belanja yang diperlukan secara berpatutan dalam menjalankan tujuan-tujuan Enakmen ini.

11.

Perbadanan boleh melaburkan sebarang bahagian Kumpulanwangnya yang tidak dikehendaki untuk kegunaan segera dalam sebarang daripada pelaburan yang dibenarkan olah Ordinan Pemegang Amanah, 1949 atau mengikut kaedah yang boleh diluluskan oleh Ketua Menteri.

 

Bahagian IV

 

PEGAWAI-PEGAWAI, KAKITANGAN, DAN LAIN-LAIN LAGI YANG BERTUGAS DENGAN PERBADANAN

 

12.

(1)

Tersyarat kepada peruntukan Peraturan Tetap yang dibuat di bawah Seksyen 23, Perbadanan boleh melantik seberapa ramai pegawai dan kakitangan yang mungkin diperlukan untuk tujuan Enakmen ini. Dengan syarat bahawa Pegawai-pegawai dan kakitangan di sebarang perpustakaan yang ada dalam Negeri yangmana diambil alih oleh Perbadanan akan diserap sebagai Pegawai-pegawai dan Kakitangan Perbadanan.

(2)

Pegawai-pegawai dan kakitangan Perbadanan hendaklah terletak di bawah kawalan pentadbiran Pengerusi atau seorang pegawai yang dilantik oleh Pengerusi..

(3)

Ahli-ahli, pegawai-pegawai dan kakitangan Perbadanan hendaklah dianggap sebagai kakitangan Awam dalam pengertian Kanun Kesiksaan.

13.

Perbadanan dengan persetujuan Ketua Menteri boleh mengambilkerja dan membayar penasihat-penasihat teknik atau iktisas seperti peguamcara, pengurus bank, penilai atau pakar perpustakaan, untuk menyelenggarakan sebarang urusan yang tertentu atau membuat sebarang tindakan yang dikehendaki supaya diselenggarakan atau dibuat untuk menjalankan tugas-tugas Perbadanan atau untuk melaksanakan dengan baik tujuan-tujuan Enakmen ini dan membayar semua bayaran dan belanja yang tertanggung.

14.

Ordinan Perlindungan pihak-berkuasa Awam, 1948 hendaklah terkena kepada sebarang tindakan, saman, pendakwaan atau perbicaraan terhadap Perbadanan atau terhadap sebarang ahli, pegawai, kakitangan atau ejen Perbadanan mengenai sebarang tindakan, kecuaian atau kesalahan yang dibuat atau tidak dibuat olah Perbadanan atau orang itu dalam jawatannya.

15.

(1)

Perbadanan hendaklah mempunyai sebuah pejabat besar di dalam atau pada tempat yang boleh ditetapkan oleh Perbadanan dari satu masa ke satu masa dan diluluskan olah Ketua Menteri.

(2)

Perbadanan boleh menubuhkan lain-lain pejabat sebagaimana yang Perbadanan fikirkan patut.

 

Bahagian V

 

WANG DAN HASIL PERBADANAN

 

16.

Wang Perbadanan hendaklah mengandungi:-

 

(a)

sekian wang yang diperolehi dari Dewan Negeri dari satu masa ke satu masa untuk tujuan tersebut;

(b)

sekian wang yang boleh disumbangkan oleh Pihak-pihak berkuasa yang tersebut dalam jadual untuk tujuan-tujuan Perbadanan;

(c)

sekian wang sebagaimana yang boleh didermakan oleh Kerajaan Negeri atau Persekutuan, Kerajaan sebarang Negeri lain atau oleh sebarang orang lain dari satu masa ke satu masa untuk tujuan-tujuan Perbandanan;

(d)

sekian wang sebagaimana yang boleh didapati dari satu masa ke satu masa oleh Perbadanan dengan jalan pinjaman;

(e)

sekian wang sebagaimana yang dipungut oleh Perbadanan dengan jalan bayaran atau denda;

(f)

semua faedah daripada pelaburan sebahagian daripada Kumpulanwang Perbadanan;

(g)

semua wang sebagaimana yang boleh didapati oleh Perbadanan secara langsung atau tidak langsung daripada harta-benda yang boleh dipindahkan atau tidak boleh dipindah kepunyaan Perbadanan.

17.

Kumpulanwang Perbadanan boleh digunakan untuk menampung bayaran-bayaran yang berikut:-

 

(a)

elaun ahli-ahli kerana menghadiri mesyuarat mengikut kadar yang boleh diluluskan oleh Gabnor dalam Mesyuarat;

(b)

gaji, bayaran atau biaya kepada pegawai, ejen dan kakitangan, dan penasihat-penasihat teknik atau lain-lain penasihat Perbadanan;

 

(c)

semua kos bayaran dan belanja bagi dan bersabit dengan pelaksanaan kuasa-kuasa Perbadanan di bawah Enakmen ini;

 

(d)

faedah pada sebarang pinjaman yang dibuat menurut undang-undang oleh Perbadanan;

 

(e)

wang yang dikehendaki untuk membayar balik wang yang dipinjam;

 

(f)

sekian wang yang difikirkan berpatutan untu border= 2/strong/pwang yang dikehendaki untuk membayar balik wang yang dipinjam;k diketepikan mengenai kesusutan pada harta Perbandanan.

18.

(1)

Semua wang yang dibayar kepada Perbadanan hendaklah seterusnya dimasukkan ke dalam satu akaun dalam bank atau bank-bank yang boleh diluluskan oleh Perbadanan.

(2)

Semua perintah atau cek terhadap akaun tersebut hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi dan seorang ahli yang diberi kuasa oleh Perbadanan.

19.

(1)

Perbadanan hendaklah menyenggarakan akaun yang betul dan lain-lain rekod mengenai perjalanannya dan hendaklah mengarahkan supaya disediakan satu penyata akaun mengenai tahun kewangan itu.

(2)

Akaun-akaun Perbadanan hendaklah dioditkan setiap tahun oleh Juru Odit Negara.

(3)

Pada penghujung setiap tahun kewangan, sebaik-baik sahaja akaun Perbadanan telah dioditkan, Perbadanan hendaklah mengarahkan supaya satu salinan penyata akaun disampaikan kepada Gabnor dalam Mesyuarat dan kepada Perpustakaan Negara berserta dengan satu salinan sebarang penyata yang dibuat oleh Juru Odit Negara tentang sebarang kenyataan akaun Perbadanan.

20.

(1)

Perbadanan dengan secepat mungkin selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, hendaklah mengarahkan supaya dibuat dan dismpaikan kepada Gabnor dalam Mesyuarat dan kepada Perpustakaan Negara satu laporan mengenai seumumnya kegiatan-kegiatan Perbadanan semasa tahun kewangan yang baru lepas dan mengandungi sekian maklumat mengenai perjalanan dan dasar Perbadanan sebagaimana Gabnor dalam Mesyuarat boleh arahkan.

(2)

Satu salinan setiap lapuran itu hendaklah dibentangkan di atas meja mesyuarat Dewan Negeri.

 

Bahagian VI

 

BERBAGAI-BAGAI

 

21.

Sebarang orang yang di dalam sebarang bahagian Perpustakaan awam yang ditubuh, diselenggara atau diuruskan oleh Perbadanan, yang menyakitkan hati atau mengganggu sebarang orang yang menggunakannya:-

 

(a)

berkelakuan tidak tertib; atau

(b)

menggunakan bahasa yang kasar, memaki atau perkataan lucah; atau

(c)

bertaruh atau berjudi; atau

(d)

yang lepas diberi amaran yang sewajarnya masih berkeras berada di dalamnya melebihi masa yang ditetapkan bagi penutupan Perpustakaan Awam, hendaklah bersalah atas satu kesalahan dan setelah didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi tiga ratus ringgit atau dua bulan penjara, atau pada kesalahan yang kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi enam ratus ringgit atau empat bulan penjara.

22.

Sebarang pegawai atau kakitangan Perbadanan yang dilantik di bawah Seksyen 12 boleh menangkap tanpa waran:-

 

(a)

sebarang orang yang telah melakukan atau cuba hendak melakukan semasa kehadirannya sebarang kesalahan terhadap Enakmen ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya yang melibatkan perosakan keamanan; atau

(b)

sebarang orang yang telah melakukan semasa kehadirannya sebarang kesalahan terhadap Enakmen ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dan yang enggan atau mungkir daripada memberi nama penuh dan betul serta alamatnya apabila diminta; atau

(c)

sebarang orang yang telah dikeluarkan kepadanya satu waran di bawah Enakmen ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya itu masih ada, walaupun waran itu tidak berada dalam miliknya dan hendaklah seterusnya membawa atau diarahkan supaya dibawa orang itu di hadapan seorang pegawai polis.

23.

Perbadanan dengan persetujuan Ketua Menteri boleh membuat Peraturan-peraturan Tetap yang tidak bertentangan dengan peruntukan Enakmen ini:-

 

(a)

menetapkan peraturan bagi mesyuarat Perbadanan;

(b)

menetapkan kaedah dalam mana dokumen dan surat-ikatan daripada sebarang jenis hendaklah ditandatangani atau dilaksanakan bagi pihak Perbadanan;

(c)

menetapkan tanggungjawab dan kawalan bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Perbadanan;

(d)

menetapkan keadaan dalam mana pegawai-pegawai dan kakitangan Perbadanan boleh menerima belanja dan elaun perjalanan;

24.

(1)

Perbadanan boleh dengan ketetapan dalam sesuatu mesyuarat Perbadanan membuat Peraturan-peraturan seumumnya untuk menjalankan tujuan-tujuan Enakmen ini dengan lebih baik dan pada khasnya dan tanpa merosakkan keseluruhan peraturan yang lepas, membuat Peraturan-peraturan sedemikian ini:-

(a)

membuat peraturan mengenai keanggotaan Perpustakaan Awam;

(b)

menetapkan borang permohonan untuk menjadi anggota Perpustakaan awam;

(c)

berkehendakkan sebarang orang yang menggunakan Perpustakaan Awam itu memberi jaminan atau tanggungan;

(d)

mengadakan peraturan menggantung, membatal, memberhentikan atau melucutkan kelayakan anggota-anggota Perpustakaan Awam;

(e)

membuat peraturan tentang penggunaan Perpustakaan Awam dan mensyaratkan perlindungan Perpustakaan awam dan isi kandungannya daripada dibinasa, dihancurkan atau disalahgunakan;

(f)

membuat peraturan bagi penyelenggaraan mutu dan kelakuan yang betul bagi anggota-anggota Perpustakaan Awam dan mengambil tindakan terhadap perlanggarannya;

(g)

memberi kuasa kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Perpustakaan Awam untuk memisah atau mengusir orang-orang yang melakukan sebarang kesalahan terhadap Enakmen ini dari sebarang bangunan yang digunakan berhubung dengan Perpustakaan Awam;

(h)

membuat peraturan tentang kemasukan kenderaan-kenderaan ke halaman Perpustakaan Awam dan kawalan lalulintas;

(i)

mensyaratkan pembentukan jawatankuasa-jawatankuasa;

(j)

menentukan caranya buku-buku boleh digunakan, dirujuk atau dipinjam, dan tanggungan anggota-anggota Perpustakaan awam apabila buku hilang atau binasa; dan

(k)

untuk sebarang tujuan lain samada daripada bentuk yang serupa dengan yang lepas atau tidak termesti atau sesuai tentang pengurusan Perpustakaan awam.

 

(2)

Sebarang Peraturan yang dibuat di bawah ceraian (1) tidak boleh berkuatkuasa melainkan disahkan oleh Gabnor dalam Mesyuarat dan disiarkan dalam Warta Kerajaan.

 

Bahagian VII

 

MEMBUBARKAN PERBADANAN

 

25.

(1)

Gabnor dalam Mesyuarat boleh dengan perintah yang tersiar dalam Warta Kerajaan mengarahkan supaya Perbadanan hendaklah dibubar dan dimansuhkan.

(2)

Sebarang kelebihan daripada pembubaran Perbadanan hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulanwang Yang Disatukan milik Negeri dan sebarang kekurangan hendaklah dibayar daripada wang yang diluluskan oleh Dewan Negeri.

(3)

Pembubaran Perbadanan hendaklah dijalankan mengikut cara yang boleh ditentukan oleh Gabnor dalam Mesyuarat.

(4)

Tanpa mengirakan sesuatu yang terkandung dalam Enakmen ini atau Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, daripada tarikh terbitnya perintah di bawah ceraian (1), sebarang ahli, pegawai atau kakitangan Perbadanan atau anggota Perpustakaan Awam hendaklah telah disifatkan sebagai telah ditamatkan perkhidmatannya dengan sah.

Diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Negeri yang telah bersidang pada enam haribulan Jun, 1975.

 

 

SYED ALI BIN SYED IDRUS ALHABSHI,

Setiausaha Dewan Negeri,
Melaka.

(SUKM. B1/07422 Vol. II.)

Laman Utama Info Korporat Enakmen PERPUSTAM 75