us

Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan Kembali Asal   Kembali Asal Kembali Asal


 

ENAKMEN PERPUSTAM 93

 

 

 

SAYA PERKENANKAN,

 

TUN DATUK SERI UTAMA
SYED AHMAD AL-HAJ BIN SYED MAHMUD SHAHABUDIN,
Yang di-Pertua Negeri,
Negeri Melaka. 

 

16hb. April 1994.

 

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka 1975.

 

ADALAH DENGAN INI DIKANUNKAN oleh Kuasa Undangan Negeri Melaka seperti berikut:

 

 

 

1.

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (Pindaan) 1993.

     

2.

Seksyen 2 Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka 1975, kemudian daripada ini disebut "Enakmen ibu", adalah dipinda:-

(a)

dengan memotong takrif "buku" dan memasukkan selepas sahaja takrif baru yang berikut: "bahan perpustakaan" ertinya apa-apa bentuk bahan bertulis, bercetak atau grafik, termasuk bahan tulisan tangan, bertaip, buku, surat khabar, majalah berkala, gambarfoto, peta, lukisan dan lain-lain seni grafik, filem, gukungan filem, piring hitam, keset, cekara padat, rakaman pita dan lain-lain rakaman pada kertas, filem atau lain-lain bahan dan penyalinannya termasuklah peralatan pandang-dengar;"; dan

 

(b)

dengan menggantikan angka "15" dalam takrif "Kumpulanwang" dangan angka "16"; dan

 

(c)

dengan memasukkan selepas takrif "Kumpulanwang" takrif baru yang berikut: "Pegawai Perpustakaan Negeri" ertinya Pegawai Perpustakaan Negeri yang dilantik di bawah seksyen 12;

     

3.

Seksyen 7 Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan "lapan" dalam subseksyen (1) dengan perkataan "lima".

     

4.

Seksyen 9 Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan noktah di akhir perenggan (j) dengan koma bernoktah dan memasukkan selepas perenggan (j) perenggan baru (k), (l), (m), (n) dan (o) yang berikut:-

 

"(k)

dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri, menukar, meminjamkan, menjual atau secara lain melupuskan bahan-bahan perpustakaan dan apa-apa harta lain kepunyaan Perbadanan yang pada pendapatnya tidal sesuai disimpan atau dikehendaki bagi tujuan-tujuan itu;

 

(l)

melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti kemasyarakatan dan komersil bagi maksud menggalak dan membangunkan perpustakaan awam dan perkhidmatannya dalam Negeri;

 

(m)

menerbitkan atau menaja penerbitan filem dokumentari dan bahan pandang-dengar lain bagi menggalakkan kesedaran awam tentang pentingnya budaya membaca;

 

(n)

mengadakan pameran, syarahan, aktiviti dan kelas-kelas dan untuk mengenakan dan menerima fee berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan atau berkenaan dengan kemasukan orang-orang ke dalam mana-mana pameran, syarahan, aktiviti dan kelas-kelas yang dikendalikan oleh Perbadanan; dan

 

(o)

melakukan apa-apa jua perkara lain sebagaimana yang difikirkan patut untuk menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya secara berkesan.".

     

5.

Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 12 dengan seksyen baru 12, 12A, 12B, 12C, 12D, dan 12E yang berikut:-

 

12.

(1)

Perbadanan boleh, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu, melantik seorang Pegawai Perpustakaan Negeri yang hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif Perbadanan dan meletakhakkan padanya apa-apa kuasa dan mempertanggungkan atasnya apa-apa tugas sebagaimana yang ditentukan atau diwakilkan kepadanya oleh Perbadanan.

 

(2)

Perlantikan Pegawai Perpustakaan Negeri hendaklah atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

         
 

12A.

(1)

Pegawai Perpustakaan Negeri hendaklah bertanggungjawab bagi:

     

(a)

penyediaan program-program, skim-skim dan projek-projek untuk pertimbangan Perbadanan;

     

(b)

perlaksanaan segala program, skim dan projek Perbadanan;.

     

(c)

sentiasa memaklumkan kepada Perbadanan dengan sepenuhnya akan kemajuan program-program, skim-skim dan projek-projeknya;

     

(d)

mengeluarkan panduan polisi atau menjelaskan keputusan-keputusan Perbadanan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Perbadanan;

     

(e)

perlaksanaan keputusan-keputusan Perbadanan dan arahan-arahan Pengerusi;

     

(f)

penyeliaan dan pengawalan ke atas perlaksanaan keputusan-keputusan Perbadanan;

     

(g)

perancangan segala aktiviti yang berkaitan dengan perpustakaan awam dan perkhidmatan perpustakaan awam termasuklah penyelidikan, pemeliharaan, pendokumentasian dan pameran bahan perpustakaan;

     

(h)

penyelenggaraan bangunan dan lain-lain struktur atau harta kepunyaan Perbadanan; dan

     

(i)

pentadbiran dan pengurusan yang teratur, fungsi-fungsi dan hal-ehwal Perbadanan mengikut polisi yang ditetapkan oleh Perbadanan.

   

(2)

Pegawai Perpustakaan Negeri hendaklah mempunyai kuasa pengawalan am ke atas pegawai-pegawai dan kakitangan Perbadanan.

   

(3)

Pegawai Perpustakaan negeri hendaklah melaksanakan apa-apa tugas tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa.

   

(4)

Sekiranya Pegawai Perpustakaan Negeri tidak ada buat sementara di dalam Malaysia atau tidak berupaya buat sementara, oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup, untuk melaksanakan tugas-tugasnya, Perbadanan boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain melaksanakan tugas-tugas Pegawai Perpustakaan Negeri semasa ketiadaannya atau tidak berupaya buat sementara.

     
 

12B.

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan apa-apa peraturan tetap yang dibuat di bawah perenggan (c ), (d) dan (e) seksyen 23, Perbadanan boleh melantik dari semasa ke semasa, atas apa-apa terma dan syarat, sekian bilangan pegawai dan kakitangan lain sebagaimana yang difikirkannya wajar dan perlu bagi menjalankan maksud-maksud Enakmen ini.

 

(2)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Perbadanan tidak boleh mewujudkan atau mengubahsuai apa-apa jawatan atau skim perkhidmatan untuk pegawai-pegawai dan kakitangan Perbadanan, termasuk terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan dan gaji, tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

     
 

12C.

(1)

Maka hendaklah ada suatu Lembaga Tatatertib Perbadanan yang hendaklah terdiri daripada:

     

(a)

dua orang ahli yang akan dipilih oleh dandaripada ahli-ahli Perbadanan, yang seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai Pengerusi; dan

     

(b)

Pegawai Perpustakaan Negeri.

   

(2)

Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan tiap-tiap pegawai dan kakitangan Perbadanan, selain daripada Pegawai Perpusatkaan Negeri, ialah Lembaga Tatatertib Perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

   

(3)

Lembaga Tatatertib berkenaan dengan Pegawai Perpustakaan Negeri hendaklah terdiri daripada tiga orang anggota yang akan dipilih oleh dan daripada ahli-ahli Perbadanan, yang seorang daripadanya hendaklah dilantik sebagai Pengerusi; dengan syarat bahawa jika Pegawai Perpustakaan Negeri adalah seorang pegawai dalam perkhidmatan awam am Persekutuan dia hendaklah tertakluk kepada Lembaga Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang berkenaan.

   

(4)

Pegawai Perpustakaan Negeri tidak boleh menjadi anggota Lembaga Tatatertib atau Jawatankuasa Tataterib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (6) dalam apa-apa prosiding di hadapan Lembaga atau Jawatankuasa itu yang dia menjadi pengadu; tempatnya hendaklah diambil oleh seorang anggota yang akan dipilih oleh dan daripada anggota-anggota Perbadanan.

   

(5)

Pada menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa tatatertibnya, Lembaga Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan tetap yang boleh dibuat di bawah seksyen 23.

   

(6)

Lembaga Tatatertib boleh, tertakluk kepada subseksyen (7), mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasa tatatertibnya kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau kakitangan Perbadanan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Tatatertib, berkenaan dengan mana-mana golongan atau kategori pegawai atau kakitangan Perbadanan, dan Jawatankuasa Tatatertib yang diwakilkan dengan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa sedemikian hendaklah boleh melaksanakan, menjalankan atau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan Lembaga Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan jawatankuasa itu.

   

(7)

Tiada perwakilan boleh dibuat di bawah subseksyen (6) untuk membolehkan seseorang pegawai atau kakitangan Perbadanan menjadi anggota manaa-mana Jawatankuasa Tatatertib yang boleh menjalankan apa-apa kuasa tatatertib ke atas seseorang pegawai atau kakitangan yang berpangkat lebih tinggi daripadanya.

     
 

12D.

(1)

Maka hendaklah ada suatu Lembaga Rayuan Tatatertib Perbadanan yang hendaklah terdiri daripada:

     

(a)

Pengerusi Perbadanan sebagai Pengerusi;

     

(b)

Setiausaha Kerajaan Negeri; dan

     

(b)

Penasihat Undang-undang Negeri.

   

(2)

Mana-mana pegawai atau kakitangan Perbadanan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Tatatertib atau mana-mana Jawatankuasa Tatatertib yang diwakilkan dengan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa di bawah seksyen 12C (6) boleh, dalam masa empat belas hari, merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Lembaga rayuan Tatatertib yang boleh sesudah itu mengesahkan, mengakaskan atau memberi apa-apa arahan mengenai perkara itu sebagaimana yang difikirkannya patut dan wajar.

   

(3)

Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib mempertimbangkan apa-apa rayuan di bawah subseksyen (2), tiada anggota Lembaga Tatatertib atau Jawatankuasa Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat, boleh menghadiri apa-apa prosiding berhubungan dengan rayuan itu.

   

(4)

Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib mengenai rayuan itu adalah muktamad dan konklusif. 12E. Semua pegawai dan kakitangan Perbadanan, semasa melaksanakan fungsi-fungsi mereka sebagai pegawai dan kakitangan Perbadanan, hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.

     

6.

Seksyen 16 Enakmen ibu adalah dipinda:-

 

(a)

dengan menomborkan semula peruntukan yang ada sebagai subseksyen (2); dan

 

(b)

memasukkan sebelum subseksyen (2) yang dinomborkan semula itu subseksyen (1) baru yang berikut:
"(1) Bagi maksud Enakmen ini, Perbadanan hendaklah menubuhkan, mentadbirkan dan mengawal suatu Kumpulan Wang yang hendaklah dikenali sebagai " Kumpulan Wang Perbadanan Perpustakaan Awam". ".

     

7.

Seksyen 17 Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan noktah di akhir perenggan (f) dengan koma bernoktah dan memasukkan selepas perenggan (f) tersebut perenggan baru (g) yang berikut:
"(g) pemberian pinjaman kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Perbadanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.".

     

8.

Enakmen ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 17, seksyen baru 17A yang berikut:-

 

17A.

(1)

Perbelanjaan Perbadanan hingga sebanyak yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

 

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek- projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberitahu Perbadanan amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.

 

(3)

Perbadanan boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri suatu anggaran tambahan bagi mana- mana satu tahun dan Pihak Berkuasa Negeri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

     

9.

Enakmen ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 20, dalam Bahagian V, seksyen baru 20A yang berikut:-

 

20A.

(1)

Sekiranya ternyata kepada Perbadanan bahawa mana-mana orang yang sedang atau telah berkerja dengan Perbadanan--

     

(a)

telah gagal mengutip apa-apa wang yang terhutang pada Perbadanan yang pemungutan-pemungutannya menjadi tanggungjawab;

     

(b)

adalah atau telah bertanggungjawab atas apa-apa pembayaran wang daripada Kumpulan Wang yang tidak sepatutnya dibuat atau atas apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;

     

(c)

adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, atas apa-apa kekurangan pada, atau atas pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, storan atau harta lain Perbadanan:

     

(d)

sebagai, atau yang pernah menjadi, pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau

     

(e)

telah gagal membuat apa-apa bayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab atas apa-apa kelambatan dalam pembayaran, wang daripada Kumpulan Wang, kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat di antara orang itu dengan Perbadanan, Perbadanan hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcajkan, dan jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diberikan, dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebutkan terdahulu, kepada Perbadanan berkenaan dengan kegagalan mengutip, bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, bayaran yang tidak diluluskandengan sewajarnya, kekurangan atau pemusnahan, atau kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat bayaran, atau kelambatan dalam membuat bayaran, maka Perbadanan boleh mensurcajkan sejumlah wang terhadap orang tersebut yang tidak melebihi amaun apa-apa amaun sedemikian yang tidak dikutip, apa-apa bayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang musnah, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan berkenaan dengan kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat bayaran, ataukelambatan dalam membuat bayaran, Perbadanan boleh mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang tersebut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan itu.

     

(h)

penyelenggaraan bangunan dan lain-lain struktur atau harta kepunyaan Perbadanan; dan

     

(i)

pentadbiran dan pengurusan yang teratur, fungsi-fungs/td valign= td i dan hal-ehwal Perbadanan mengikut polisi yang ditetapkan oleh Perbadanan.

   

(2)

Pengerusi hendaklah menyebabkan Pegawai Perpustakaan Negeri diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan Pegawai Perpustakaan Negeri hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcajkan itu.

   

(3)

Perbadanan boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Pengerusi hendaklah dengan segera menyebabkan Pegawai Perpustakaan Negeri diberitahu tentang penarikan balik itu.

   

(4)

Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Perbadanan daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh didakwa dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah atas guaman Perbadanan dan boleh juga didapatkan kembali melalui potongan--

     

(a)

daripada gaji orang yang disurcajkan jika Perbadanan mengarahkan sedemikian; atau

     

(b)

daripada pencen orang yang disurcajkan, jika Perbadanan mengarahkan sedemikian,dengan ansuran bulanan yang sama banyak tidak melebihi satu perempat daripada jumlahgaji atau pencen bulanan, mengikut mana- mana yang berkenaan, orang itu.".

     

10.

Seksyen 23 Enakmen ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (d), perenggan baru (da) dan (db) yang berikut:-

 

"(da)

bagi cara bagaimana dan terma-terma dan syarat-syarat yang di atasnya pinjaman boleh diberikan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Perbadanan di bawah perenggan (g) seksyen 17 dan maksud-maksudnya;

 

(db)

bagi tatatertib pegawai-pegawai dan kakitangan Perbadanan yang boleh termasuk:

     

(i)

peruntukan-peruntukan bagi penahanan kerja dan pengurangan gaji atau saraan lain atau bagi penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau kakitangan semasa menanti prosiding tatatertib selesai;

     

(ii)

perwujudan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan-peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Perbadanan, dan hukuman-hukuman yang diperuntukan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat; dan

     

(iii)

prosrdur bagi prosiding tatatertib kepada pegawai atau kakitangan Perbadanan yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil untuk membuat representasi sebelum keputusan diambil oleh pihak berkuasa tatatertib atas pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadap pegawai atau kakitangan itu.".

     

11.

Enakmen ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24, seksyen baru 24A yang berikut:-

 

24A.

Pihak Berkuasa Negeri boleh memberikan kepada Perbadanan apa-apa arahan yang bersifat am, yang tidak bertentangan dengan peruntukan-peruntukan Enakmen ini, mengenai perlaksanaan fungsi- fungsi dan perjalanan kuasa-kuasa Perbadanan dan Perbadanan hendaklah melaksanakan arahan-arahan itu.".

     

12.

Enakmen ibu adalah dipinda:-

 

(2)

Enakmen ini hendaklah berjalan kuatkuasanya pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Gabnor dengan pemberitahuan dalam Warta Kerajaan.

   

(a)

dengan menggantikan perkataan "buku-buku" di mana jua terdapat dengan perkataan-perkataan "bahan-bahan perpustakaan"; dan

   

(b)

dengan menggantikan perkataan-perkataan "Perpustakaan Kembara" di mana jua terdapat dengan perkataan-perkataan "Perpustakaan bergerak".

     

Diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang telah bersidang pada 4hb.Disember 1993.

 

 

 


TENGKU MUHAMAD BIN TENGKU ABDULLAH,

Setiausaha,
Dewan Undangan Negeri,
Melaka.

Laman Utama Info Korporat Enakmen PERPUSTAM 93