us

Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan Kembali Asal   Kembali Asal Kembali Asal


 

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA

 

 

 

kanak2 2

 

siber1

 

 

Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) menyediakan beberapa perkhidmatan kepada pengguna perpustakaan. Perkhidmatan ini ada yang diberikan secara percuma dan ada juga perkhidmatan yang berbayar. Mulai bulan Mac 1999, keahlian dan beberapa perkhidmatan perpustakaan mula dikenakan kepada semua pengguna perpustakaan di seluruh rangkaian perpustakaan di bawah PERPUSTAM.

 

Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut :-

 

 

PERKHIDMATAN PINJAMAN

   

Hanya ahli perpustakaan yang berdaftar sahaja layak mendapat kemudahan pinjaman buku. Pinjaman buku adalah tertakluk kepada kategori pendaftaran keahlian.

 

 

PERKHIDMATAN RUJUKAN

   

Perpustakaan menyediakan bahan-bahan rujukan seperti ensiklopedia, kamus, laporan tahunan, tesis, keratan akhbar dan lain-lain bahan meliputi semua bidang perkara.

 

 

PERKHIDMATAN KANAK-KANAK

   

Bahagian Kanak-kanak menyediakan keperluan pembacaan dan pembelajaran kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 12 tahun. Perkhidmatan ini terletak di tingkat bawah bangunan PERPUSTAM. Di antara koleksi di bahagian ini ialah koleksi pinjaman, koleksi rujukan, koleksi majalah, koleksi permainan pembelajaran dan perkhidmatan audio-visual.

 

 

PERKHIDMATAN AKHBAR DAN MAJALAH

   

Akhbar-akhbar utama dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris disediakan di Bahagian Majalah. Akhbar-akhbar dalam bahasa-bahasa lain juga turut disediakan seperti akhbar berbahasa Cina dan Tamil. Majalah dari dalam dan luar negara juga disediakan ruangan ini meliputi pelbagai bahasa dan bidang perkara.

 

 

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN BERGERAK DAN E-PUSTAKA

   

Perpustakaan bas bergerak merupakan perkhidmatan perpustakaan bergerak dengan terdapatnya bahan bacaan seperti buku untuk ke lokasi pendalaman dan terdapat 2 buah bas yang menawarkan perkhidmatan berkomputer yang dikenali sebagai E-pustaka yang memberikan perkhidmatan penerangan dan latihan asas komputer kepada sekolah yang tidak mempunyai kemudahan komputer dan beberapa lokasi terpilih di sekitar daerah Melaka Tengah, Jasin, Alor Gajah, Merlimau dan Masjid Tanah.

 

 

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN CAWANGAN

   

Bagi mereka yang tinggal jauh daripada perpustakaan pusat di Bukit Baru, perkhidmatan perpustakaan cawangan sedia memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat di daerah Melaka Tengah, Jasin, Alor Gajah, Merlimau dan Masjid Tanah.

 

 

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DESA, PEKAN DAN KOMUNITI

   

Perkhidmatan yang mula diperkenalkan pada tahun 1993 ini mempunyai objektif antaranya untuk menyediakan kemudahan dan menggalakkan pembacaan di kalangan penduduk di luar bandar. Ia juga sebagai satu cara untuk meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang perkara selaras dengan pembangunan negara di masa hadapan. Perkhidmatan perpustakaan desa juga merupakan satu cara untuk melahirkan budaya membaca dan merangsang tabiat membaca.

 

 

PERKHIDMATAN FOTOKOPI

   

Bahan-bahan rujukan di perpustakaan boleh difotokopi pada kadar semasa yang telah ditetapkan. Bahan-bahan rujukan tertentu seperti bahan Koleksi Melaka pula tidak dibenarkan untuk dibuat penyalinan.

 

 

PERKHIDMATAN SIBER

   

PERUSTAM menyediakan perkhidmatan internet, serta penggunaan komputer dengan kadar yang berpatutan.

 

 

PERKHIDMATAN MULTIMEDIA

   

erkhidmatan ini disediakan bagi pengguna yang ingin mendapatkan maklumat melalui penggunaan peralatan multimedia seperti tv, video, audio dan mikrofilem.

 

 

PERKHIDMATAN WIFI

   

PERUSTAM menyediakan perkhidmatan wifi dengan kadar yang berpatutan dimana ruang rangkaian boleh meliputi seluruh bangunan diBukit Baru dan melalui Pojek Kampung Tanpa Wayar dibawah SKMM kebanyakan perpustakaan desa telah dilengkapi dengan perkhidmatan ini.

 

Laman Utama Perkhidmatan Perkhidmatan Perpustakaan