Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka (PERPUSTAM)

Perutusan Pengerusi

Perutusan Pengarah

Kembali Semula

Dimiliki Oleh : Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka (PERPUSTAM)

PERUTUSAN PENGERUSI

PERUTUSAN PENGERUSI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA
( PERPUSTAM )


Assalamualaikum w.b.t, Salam 1Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau,

Saya mengucapkan selamat melayari laman web Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka ( PERPUSTAM ). Kewujudan laman web ini juga adalah untuk menyebarkan peranan dan fungsi PERPUSTAM kepada masyarakat umum. Dengan adanya kemudahan seumpama ini orang ramai akan lebih mudah untuk mendapatkan maklumat umum mengenai PERPUSTAM.

Saya berharap semua golongan masyarakat penduduk diMelaka khususnya golongan remaja dan pelajar-pelajar bukan sahaja melayari laman web ini malah bersama-sama dengan kami di Perpustakaan untuk membudayakan amalan membaca.

Sekian, terima kasih.

 

"MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU''

Y.B Datuk Haji Ab. Wahab Bin Ab. Latip DMSM,DSM, AMN, BKT, PJK

PENGERUSI PERPUSTAM

• Portfolio: Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kesihatan, Pemulihan Projek, Pembangunan Pekan Kecil dan NGO

Kembali Semula

 

 

PERUTUSAN PENGARAH

 

PERUTUSAN PENGARAH PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA ( PERPUSTAM )


Assalamualaikum w.b.t, Salam 1Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau,

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web ini. Sebagai warga PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA ( PERPUSTAM ), kami merasa bangga di atas kunjungan Tuan/ Puan ke perpustakaan ini. Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) membolehkan PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA (PERPUSTAM) menyalurkan maklumat dengan pantas untuk pengetahuan semua.

Oleh itu, PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA (PERPUSTAM) tidak melepaskan peluang ini untuk meningkatkan mutu penyampaian kepada pelanggan. Semoga maklumat yang disediakan dalam laman web ini dapat dijadikan jendela ilmu bagi memenuhi keperluan semua. Usaha ini adalah selari dengan galakan dan penekanan kepentingan strategik yang dimainkan oleh ICT dalam sektor kerajaan kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih

 

"MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU''

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Mohamed Aizammuddy B Mohamed Idris
Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka .

Kembali Semula