Negeri Melaka mengalami proses kemajuan dan kejayaan sejak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kemajuan dan kejayaan yang dicapai ini banyak disumbangkan oleh pemerintah tertinggi negeri ini iaitu Yang di-Pertua Negeri Melaka yang turut memberi sumbangan khususnya membabitkan pembangunan dari segi kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial.
Sejak 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, seramai enam Yang di-Pertua Negeri Melaka telah mentadbir dan memimpin negeri ini dengan kejayaan terus dikecapi sehingga ke hari ini. Keenam-enam Yang di-Pertua Negeri Melaka itu ialah :
1) Tun Leong Yew Koh (31 Ogos 1957 – 1959)
2) Tun Haji Abdul Malek bin Yusof (31 Ogos 1959 - 1971)
3) Tun Haji Abdul Aziz bin Abdul Majid (1971-1975)
4) Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan (19 Mei 1975-1984)
5) Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad al-Haj bin Syed Mahmud Shahabudin
(4 Dis1984 – 31 Mei 2004)
6) Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob (4 Jun 2004 – sekarang)
Portal Yang di-Pertua Negeri Melaka ini mengandungi beberapa bahagian yang terdiri daripada latar belakang setiap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Institusi Yang di-Pertua Negeri Melaka, gambar pegun serta beberapa bahan Audio Visual seperti rakaman membabitkan Yang di-Pertua Negeri Melaka.






